Parlimen Sudan Selatan dibubarkan - Utusan Malaysia

Parlimen Sudan Selatan dibubarkan

SALVA KIIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUBA: Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir membuat keputusan membubarkan Parlimen bagi membuka peluang kepada penggubal undang-undang daripada pihak pembangkang dilantik menerusi perjanjian damai 2018.

Bagaimanapun, pembubaran yang diumumkan menerusi televisyen itu tidak menyatakan tarikh bagi Parlimen penggal baharu bersidang.

Penubuhan badan legislatif baharu adalah sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani pada September 2018 antara Kiir dan wakil Presiden, Riek Machar.

Perkara itu berlaku setelah pihak pembangkang terlibat dalam perang saudara selama lima tahun yang menyebabkan 380,000 orang mati dan empat juta terpaksa berpindah randah.

Keputusan itu disokong oleh kumpulan aktivis dan masyarakat awam walaupun tempoh yang diambil terlalu lama.

Pengerusi Forum Masyarakat Sivil Sudan Selatan, Jame David Kolock berkata, ia adalah perkembangan yang sangat dialu-alukan dan berharap pembubaran Parlimen itu akan membuka jalan kepada proses membentuk semula Parlimen.

“Masyarakat sivil semakin kecewa dan tidak lagi percaya walaupun parlimen dibentuk semula. Ia akan menjadi proses pembentukan yang mencabar serta mengambil masa,” katanya.

Berdasarkan perjanjian 2018, majlis baharu akan mempunyai seramai 550 ahli Parlimen dengan majoritinya terdiri daripada parti SPLM yang dipimpin Kiir seramai 332 ahli.

Ahli Parlimen negara itu tidak akan dipilih, sebaliknya dicalonkan oleh pelbagai parti. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya