Majlis hari jadi dilarang di Daerah Funing, China - Utusan Malaysia

Majlis hari jadi dilarang di Daerah Funing, China

PIHAK berkuasa tempatan daerah Funing larang penganjuran majlis hari jadi bermula bulan ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa tempatan di sebuah daerah di barat daya China melarang penganjuran majlis hari jadi dan beberapa sambutan lain bermula bulan ini.

Larangan itu dikenakan susulan gesaan kerajaan pusat China supaya lebih berjimat-cermat khususnya ketika pandemik Covid-19.

Lapor BBC, pihak berkuasa tempatan turut mengenakan beberapa peraturan baharu bagi penganjuran majlis perkahwinan dan upacara pengebumian.

Peraturan itu termasuk larangan pemberian wang tunai sebagai hadiah melebihi 200 yuan (RM127.82) dalam majlis tersebut.

Berdasarkan peraturan baharu yang dikeluarkan minggu lalu, penganjuran majlis sosial seperti doa selamat dan majlis hari jadi tidak dibenarkan bermula bulan ini.

Peraturan di daerah Funing, wilayah Yunnan hanya melibatkan ahli parti Komunis, penjawat awam serta ketua kampung dan bukannya semua penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

Ini bukan kali pertama Parti Komunis mengenakan larangan demikian terhadap ahlinya.

Pada 2015, mereka dilarang daripada mengadakan beberapa majlis sosial dan juga menghadiri sambutan sebagai sebahagian usaha pencegahan rasuah.

Bagaimanapun, China sebelum ini pernah menasihatkan rakyatnya untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan mengecam pembaziran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya