Kumpulan antivaksin merusuh dengan polis di London - Utusan Malaysia

Kumpulan antivaksin merusuh dengan polis di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratusan golongan antivaksin menyerbu sebuah pusat beli-belah di London Barat sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan.

Lapor Metro, kumpulan penunjuk perasaan itu berkumpul di Dataran Parlimen untuk membantah penggunaan vaksin Covid-19 serta peraturan sekatan yang dilakukan untuk mencegah penularan jangkitan koronavirus.

Kemudian, kumpulan tersebut berarak ke pusat beli-belah Westfield di Sherpherds Bush.

Beberapa imej dan video yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan ratusan penunjuk perasaan merusuh dan cuba memasuki pusat beli-belah tersebut.

Ada dalam kalangan mereka menyalakan suar selepas menyerbu pusat beli-belah berkenaan, manakala selebihnya melaungkan slogan kebebasan.

Beberapa saksi mendakwa sejumlah premis perniagaan di dalam pusat beli-belah itu ditutup dan para pekerja mendapatkan perlindungan.

Selepas seketika, polis berjaya mengawal keadaan dan menyuraikan penunjuk perasaan.

Beberapa jam sebelum itu, ribuan penduduk yang merupakan antivaksin berkumpul di tengah London untuk menyuarakan bantahan mengenai penggunaan vaksin.

Malah, sebuah bus turut digunakan penunjuk perasaan untuk menyebarkan teori kosnpirasi mereka mengenai ‘pandemik Covid-19 tidak benar’ dan ‘kebenaran akan muncul’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.