Kes menurun, kematian meningkat - Utusan Malaysia

Kes menurun, kematian meningkat

KELUARGA pesakit Covid-19 yang meninggal dunia menunggu untuk melakukan upacara pembakaran mayat di New Delhi, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kes baharu Covid-19 di India mencatatkan penurunan, namun angka kematian harian masih melebihi 4,000 mangsa.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran angka tersebut tidak dapat dipercayai memandangkan pemeriksaan ujian saringan tidak dilakukan secara meluas di kawasan luar bandar yang menyebabkan virus menular dengan pantas.

Pakar berkata, tiada kepastian jangkitan wabak itu telah meningkat walaupun terdapat penurunan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan seperti dipetik akhbar Hindu berkata, masih banyak kawasan di negara yang belum mengalami kemuncak penularan virus, namun kes masih menyaksikan peningkatan.

Soumya juga menyuarakan kebimbangan kadar positif nasional yang tinggi selepas kira-kira 20 peratus ujian saringan dilaksanakan.

Katanya, ia menunjukkan petanda akan berlaku situasi lebih buruk lagi.

“Ujian saringan masih tidak mencukupi di sebahagian besar negeri dan apabila anda melihat kadar ujian positif tinggi, ia amat jelas kita tidak menjalankan ujian saringan secara menyeluruh. 

“Oleh itu, bilangan sebenar tidak bermaksud apa-apa apabila hanya diambil, ia harus berdasarkan berapa banyak ujian saringan yang telah dilakukan dan kadar positif saringan,” katanya. – REUTERS   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya