Kereta termahal dunia berharga RM117 juta - Utusan Malaysia

Kereta termahal dunia berharga RM117 juta

ROLLS-ROYCE memperkenalkan kereta mewah terbaharu yang berharga 20 juta pound. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jenama kereta mewah terkenal, Rolls-Royce tampil memperkenalkan kereta baharu paling mahal di dunia, Boat Tail bernilai 20 juta pound (RM117 juta). 

Lapor Daily Mail, harga itu juga dikatakan dua kali ganda daripada kereta mewah jenama syarikat itu sebelum ini iaitu Sweptail yang dihasilkan pada 2017 bernilai 10 juta pound (RM59 juta) dan jenama Bugatti 11.5 juta pound (RM67 juta) yang kali pertama dipertontonkan pada 2018 di Pameran Kereta Geneva. 

Kereta Boat Tail direka khas untuk golongan jutawan dan hartawan yang menginginkan limosin mewah yang sangat unik dengan bahagian pemandu direka di sebelah kiri. 

Idea pembuatan kereta itu diilhamkan dari kapal layar J-Class yang elegan pada awal abad ke-20 dan Rolls-Royce Boat Tail pada 1920. 

Keistimewaan paling menarik adalah di bahagian dek belakang kereta yang berinspirasikan dari kapal layar.  

Dengan hanya menekan butang, dek belakang itu terbuka menyerupai ‘sayap rama-rama’ yang sangat sesuai digunakan ketika bersantai di luar rumah serta mempunyai ‘peti simpanan bergerak’. 

Bahagian kanan ruangan itu adalah tempat untuk meletakkan makanan yang dilengkapi pemanas dan peralatan mengawal suhu makanan.  

Pelanggan pertama yang membeli kereta itu dan enggan dikenali berkata kereta itu dihasilkan bagi memenuhi citarasa pemandu yang gemar berjalan, mengembara, suka mengumpul koleksi kereta, jam tangan, pen serta belayar. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya