Jemaah penuhi masjid di Pakistan - Utusan Malaysia

Jemaah penuhi masjid di Pakistan

SUASANA jemaah yang mengamalkan penjarakan fizikal di Masjid Utama Faisal, Islamabad semasa bulan Ramadan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sekolah dan restoran terpaksa ditutup, kedai pula terpaksa menutup operasi lebih awal setiap petang, manakala pihak tentera dikerahkan menjaga pelusuk kawasan bagi membendung penularan wabak Covid-19. 

Tidak terhenti setakat itu sahaja, pihak berkuasa sudah mengenakan sekatan serta melarang perjalanan merentas negeri semasa musim cuti hari raya yang bakal tiba. 

Namun, dari malam ke malam, umat Islam masih istiqamah mengunjungi masjid walaupun Pakistan kini berdepan gelombang ketiga wabak yang mengancam nyawa itu. 

Pihak berkuasa seolah-olah terpaksa membutakan mata membenarkan aktiviti keagamaan terus diadakan kerana bimbang sekiranya dilarang akan menimbulkan konfrontasi daripada kumpulan konservatif Islam. 

Seorang doktor, Saeedullah Shah dari Persatuan Perubatan Islam Pakistan berkata, terdapat banyak kebimbangan mengenai serangan daripada kumpulan agama. 

 

WAD KRITIKAL  

Pakistan merekodkan lebih 840,000 kes keseluruhan Covid-19 dengan 18,500 kematian. 

Namun, ramai melahirkan kebimbangan tahap sebenar penyakit itu akan menjadi jauh lebih teruk akibat sektor kesihatan yang tidak stabil.  

Wad di hospital di beberapa kawasan bandar sudah dipenuhi pesakit serta tidak mampu menampung pesakit ekoran varian Covid-19 lebih mudah berjangkit menyebabkan lonjakan kes baharu. 

 

MASJID TETAP PENUH 

Walaupun pihak kerajaan merayu orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan virus, kebanyakan masjid dilihat masih dipenuhi jemaah. 

Maulana Muhammad Iqbal Rizvi yang mengurus Masjid Markazi Jamia di Rawalpondi berkata, orang beriman tidak perlu takut dan situasi di sini berbeza dengan India. 

“Solat yang kita lakukan adalah berbeza dengan mereka. Kita adalah orang Islam sedangkan mereka tidak beriman. Bertaubat kepada Allah adalah kepercayaan kita, sedangkan mereka tidak bertaubat,” ujarnya. 

Kenyataan itu mempengaruhi semua peringkat masyarakat sehingga Perdana Menteri Pakistan, Imran Khas menjelaskan di India, rakyatnya mati di kawasan jalan, sedangkan Allah SWT masih melindungi rakyat negara ini. 

 

AKTIVITI KEAGAMAAN BOLEH JADI PENYUMBANG  

Pakar kesihatan di India memaklumkan aktiviti perhimpunan keagamaan menjadi penyumbang utama terhadap bilangan kes positif dan kematian yang semakin memburuk. 

Namun, situasi itu sama sekali tidak mengubah polisi mahupun sikap di Pakistan. 

Ashfaq Ahmed yang baru pulang dari Britain berkata, dia terkejut apabila melihat ramai jemaah di masjid sehingga mengabaikan penjarakan fizikal. 

“Kelihatan penduduk di sini berada dalam sindrom penafian,” katanya. 

Berbeza bagi jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama, Imran Siddiqui, yang mempertahankan masjid masih mengekalkan SOP Covid-19. 

“Saya boleh membawa anda ke pasar kemudian ke masjid berdekatan. Anda boleh lihat perbezaan apabila jemaah tetap mengamalkan protokol Covid-19,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya