Indonesia bimbang wujud kluster baju raya - Utusan Malaysia

Indonesia bimbang wujud kluster baju raya

PIHAK berkuasa Makassar bimbang jika wujud kluster Covid-19 baharu selepas masyarakat mengabaikan protokol ketika membeli keperluan hari raya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Jumlah pengunjung yang membanjiri beberapa pusat membeli-belah di sekitar Makassar bagi mendapatkan keperluan Aidilfitri dibimbangi boleh mencetuskan kluster baharu Covid-19.

Hal ini kerana, pihak pengurusan di kebanyakan pusat beli-belah di sini mengabaikan protokol pencegahan Covid-19, sekali gus menyebabkan para pengunjung juga melakukan tindakan yang sama.

Ketua Pasukan Pencegahan Covid-19 Makassar, Iman Hud berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat amaran kepada sejumlah pusat beli-belah yang mengingkari protokol Covid-19.

“Jangan sia-siakan usaha kerajaan dan semua pihak yang bertungkus-lumus kawal jangkitan Cobid-19 di negara ini.

“Jangan disebabkan teruja untuk membeli keperluan Aidilfitri, semua protokol Covid-19 dilupakan dan akhirnya muncul kluster baharu,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Selain itu, Iman juga menegur pengurusan pusat beli-belah yang dilihat hanya mementingkan keuntungan berbanding keselamatan kesihatan sejagat.

Jelas beliau, sepatutnya pihak pengurusan pusat beli-belah lebih jelas mengenai protokol Covid-19 bagi mengelak penularan jangkitan.

Sementara itu, kapasiti orang ramai keluar membeli keperluan hari raya di pusat beli-belah dilaporkan meningkat di 29 daripada 34 wilayah di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN