Individu tertua dunia tak jadi sertai larian obor Olimpik - Utusan Malaysia

Individu tertua dunia tak jadi sertai larian obor Olimpik

KANE TANAKA -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Individu tertua dunia, Kane Tanaka menarik diri daripada menyertai larian obor sukan Olimpik kerana bimbang menyebarkan jangkitan Covid-19 kepada rakan-rakannya di pusat jagaan.

Lapor BBC, Tanaka yang berusia 118 tahun sebelum ini dijadualkan menyertai acara tersebut di Fukuoka, selatan Jepun pada 11 Mei.

Acara larian obor itu sudah pun bermula sejak Mac lalu, namun terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana sebanyak lapan kes dikaitkan dengan acara tersebut.

Jepun pada bulan mengisytiharkan darurat di beberapa bandar utama termasuk Tokyo dan Osaka.

Sejumlah selebriti negara ini turut menarik diri daripada acara larian itu kerana bimbang dengan penularan Covid-19.

Tanaka yang dilahirkan pada 1930-an diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai individu tertua dunia pada Mac 2019.

Seorang pegawai di pusat jagaan Tanaka memaklumkan keluarganya sudah memaklumkan penarikan itu kepada penganjur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya