India tahan penduduk Kashmir sokong Palestin - Utusan Malaysia

India tahan penduduk Kashmir sokong Palestin

SARJAN Barkati merupakan antara individu ditahan kerana menzahirkan sokongan terhadap Palestin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR: Sebanyak 21 penduduk Kashmir ditahan selepas mengadakan tunjuk perasaan bagi menyuarakan bantahan terhadap serangan ketenteraan rejim Zionis di Gaza.   

Menurut polis India, kesemua individu tersebut ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam dengan menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin dan mengadakan protes.

Polis menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya memantau rapat sebarang elemen atau individu yang cuba mengambil kesempatan insiden di Palestin sehingga mengganggu ketenteraman awam di Kashmir.  

Jelas kenyataan itu, polis memahami penderitaan di Palestin, namun tidak akan membiarkan sentimen tersebut mencetuskan sebarang keganasan, ketidakadilan dan kekacauan di wilayah tersebut. 

Ketua polis negeri, Vijay Kumar berkata, sebanyak 20 orang ditahan di Srinagar dan seorang lagi ditangkap di sebuah kampung di selatan Kashmir.

Seorang anggota polis yang enggan mendedahkan namanya memberitahu 21 penduduk  ditahan atas kesalahan memuat naik hantaran di laman media sosial, menyertai protes menentang kekejaman Israel serta membuat grafiti solidariti Palestin.

Katanya, mereka mungkin akan dibebaskan dalam masa terdekat selepas sesi kaunseling dan jaminan ibu bapa bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.   

Antara individu yang ditahan merupakan seorang ulama dikenali sebagai Sarjan Barkati iaitu aktivis anti-India yang terkenal.

Katanya, aktivis itu ditahan kerana melukis grafiti pro-Palestin di dinding jambatan di Srinagar sebelum polis memadam lukisan tersebut. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya