Ibadah haji 2021 belum diputuskan - Utusan Malaysia

Ibadah haji 2021 belum diputuskan

JEMAAH menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan di hadapan Kaabah pada 16 April 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pihaknya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penganjuran ibadah haji pada tahun ini.

Lapor Saudi Gazette, jurucakap kementerian, Hisham Saeed berkata, Arab Saudi bersedia untuk menerima kunjungan semua jemaah dari seluruh dunia bagi menunaikan haji.

Namun, kementerian memberi keutamaan kepada keselamatan jemaah susulan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Pada tahun lalu, hanya sejumlah jemaah dalam negara yang dibenarkan tunai haji sebagai usaha mengawal jangkitan Covid-19.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Abdel Fattah Mashat sebelum ini memaklumkan jemaah dari luar dan dalam negara dibenarkan tunai umrah mengikut protokol Covid-19 yang ditetapkan.

Prosedur untuk mendapatkan permit bagi menunaikan umrah boleh dimohon menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Jelas Abdel, biarpun menerima banyak permohonan, pihak berkuasa negara ini akan melakukan saringan ketat bagi memastikan hanya jemaah bebas Covid-19 yang dibenarkan tunai umrah.

Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang iklan serta promosi dalam media sosial yang menawarkan permit umrah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya