Hujan lebat dikhuatiri cetus banjir, wilayah Canterbury isytihar darurat - Utusan Malaysia

Hujan lebat dikhuatiri cetus banjir, wilayah Canterbury isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH: Pihak berkuasa New Zealand mengisytiharkan darurat di Canterbury hari ini selepas wilayah itu dilanda hujan lebat yang dikhuaitiri boleh mencetuskan banjir.

Sehubungan itu, ribuan penduduk mula meninggalkan kediaman masing-masing.

Pemangku Menteri Pengurusan Bencana New Zealand, Kris Faafoi berkata, kira-kira 3,000 kediaman berisiko dan pasukan tentera di kerah untuk membantu penduduk berpindah.

“Hujan lebat ini dijangka beterusan sehingga esok dan pihak berkuasa juga akan memantau paras sungai pada malam ini,” katanya.

Perkhidmatan Meteorologi negara ini mengeluarkan amaran merah untuk kawasan tersebut.

Di kawasan pantai Christchurch yang merupakan bandar utama di Canterbury, agensi kaji cuaca meramalkan hujan lebat dengan isu padu 100 milimeter akan terus turun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya