HONG KONG: Pemimpin Hong Kong Carrie Lam memaklumkan kerajaannya dalam proses mewujudkan undang-undang berita palsu bagi menangani penyebaran maklumat salah.
Dalam satu sidang akhbar mingguan, Lam menyatakan kerajaan kini serius melakukan penelitian mengenai isu berita palsu dan beliau memberitahu tiada tempoh ditetapkan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.
“Undang-undang berita palsu memerlukan banyak kajian terperinci, terutamanya mengenai bagaimana kerajaan luar negara mengatasi masalah tersebut di dalam media sosial.
“Kerajaan akan berterusan memandang isu ini sebagai masalah yang sangat serius kerana kesannya menjejaskan pelbagai pihak,” katanya.
Lam membuat kenyataan itu sehari selepas stesen penyiaran RTHK memaklumkan pihaknya tidak akan memperbaharui kontrak seorang wartawannya, Nabela Qoser yang sering melontarkan ‘soalan panas’ terhadap pemimpin wanita itu dan beberapa pegawai kerajaan lain.
Selain itu, RTHK juga sudah mula menarik balik sejumlah arkibnya di dalam Youtube dan saluran media sosial.
Sementara itu, rancangan untuk menggubal undang-undang berita palsu dijangka mencetuskan kebimbangan banyak pihak mengenai kebebasan media di wilayah ini. – REUTERS










