Dua dos vaksin berkesan cegah B16172 - Utusan Malaysia

Dua dos vaksin berkesan cegah B16172

ORANG ramai beratur menunggu giliran suntikan vaksin Covid-19 di pusat vaksinasi sementara di Muzium Sains, London. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Suntikan dua dos vaksin Covid-19 dilihat lebih berkesan menentang varian koronavirus yang mudah merebak yang dikenal pasti buat kali pertama di India.  

Lapor Reuters, Kementerian Kesihatan Britain berkata, data menunjukkan kesan yang sangat mendadak dan pihaknya berharap kerajaan dapat melonggarkan lebih banyak sekatan Covid-19 bulan depan. 

Kajian oleh Kesihatan Awam England (PHE) mendapati vaksin Pfizer-BioNTech berkesan 88 peratus menentang penyakit simptomatik varian B16172, iaitu dua minggu selepas suntikan dos kedua diberikan. 

Jelas kajian itu, dua dos suntikan vaksin AstraZeneca menunjukkan 60 peratus keberkesanan melawan penyakit simptomatik daripada varian India berbanding 66 peratus keberkesanan terhadap varian Kent. 

Menurut PHE, dos pertama kedua-dua vaksin berkesan sebanyak 33 peratus terhadap penyakit simptomatik dari varian B16172 selepas tempoh tiga minggu, iaitu lebih rendah daripada 50 peratus keberkesanan terhadap varian B117. 

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock berkata, pihaknya yakin negara berada dalam landasan tepat kerana data menunjukkan keberkesanan selepas suntikan dua dos vaksin terhadap varian India. 

Berdasarkan pelan kerajaan, kawalan sekatan Covid-19 akan dilonggarkan bermula 21 Jun depan. 

Britain berjaya melaksanakan program vaksinasi terpantas di Eropah, namun, berdepan cabaran baharu jangkitan varian B16172. 

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengarahkan baki suntikan dos vaksin kedua dipercepatkan kepada golongan berusia 50 tahun ke atas dan individu yang mudah terdedah kepada jangkitan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya