Covid-19: Kematian di India tidak dapat dibendung - Utusan Malaysia

Covid-19: Kematian di India tidak dapat dibendung

KELUARGA pesakit Covid-19 mengadakan upacara pembakaran mayat di Ghazipur, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India berterusan merekodkan kes jangkitan Covid-19 harian tertinggi, sehari selepas jumlah jangkitan baharu dicatatkan melepasi angka 400,000 kes.

Kementerian Kesihatan India memaklumkan, sebanyak 3,689 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 tahun.

Perdana Menteri Narendra Modi dilaporkan mengadakan pertemuan dengan menteri kesihatan awal pagi ini bagi membincangkan situasi koronavirus di negara ini.

Biarpun bantuan dari luar mula tiba, kebanyakan hospital di negara ini masih berdepan dengan kekurangan bekalan oksigen dan kemudahan lain termasuk katil untuk kegunaan pesakit.

Beberapa imej menyayat hati yang menunjukkan ahli keluarga merayu petugas perubatan supaya merawat keluarga mereka yang dijangkiti Covid-19 memenuhi media antarabangsa.

Seramai 12 pesakit maut akibat kekurangan oksigen di Hospital Batra di New Delhi semalam dan insiden itu merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh seminggu.

Akhbar Times of India pula melaporkan, sebanyak 16 kematian berlaku di negeri Andhra Pradesh berikutan masalah yang sama di dua hospital dan enam lagi maut di Gurgaon.

Mahkamah Tinggi New Delhi kini memutuskan untuk menghukum mana-mana pegawai kerajaan sekiranya bekalan keperluan tidak sampai ke hospital sehingga menyebabkan banyak kematian pesakit.

Sementara itu, kerajaan India enggan melaksanakan perintah berkurung sehingga kini kerana bimbang akan menjejaskan ekonomi negara ini.

Kebanyakan ahli politik menyifatkan perintah berkurung merupakan pilihan terakhir untuk dilaksanakan sekiranya keadaan benar-benar memaksa.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya