China rekod peningkatan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

China rekod peningkatan kes Covid-19

SEORANG penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19 di bandar Fuyang, wilayah Anhui, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: China hari ini melaporkan peningkatan jangkitan Covid-19 secara mendadak di Guangzhou dengan 18 kes baharu.

Situasi itu menyebabkan semua penerbangan keluar dan masuk ke Guangzhou menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun dibatalkan melibatkan kira-kira 519 penerbangan.

Baiyun yang merekodkan penggunaan sebanyak 43.8 juta penumpang pada tahun lalu merupakan lapangan terbang tersibuk di dunia biarpun pandemik Covid-19 belum reda.

Daripada 27 kes jangkitan Covid-19 baharu yang dilaporkan oleh pihak berkuasa kesihatan China, hanya tujuh melibatkan kes import.

Daripada 20 kes tempatan, 18 daripadanya berlaku di Guangzhou, manakala dua lagi kes di bandar Foshan.

Kelmarin, pihak berkuasa Guangzhou melarang penduduk di lima jalan utama di daerah Liwan supaya kekal di rumah dan mengelakkan sebarang aktiviti, selain pusat hiburan serta pasar ditutup.

Jangkitan Covid-19 di bandar itu melibatkan varian koronavirus yang ditemukan di India. –
REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN