Boleh ulang solat, khutbah Aidilfitri tiga kali - Utusan Malaysia

Boleh ulang solat, khutbah Aidilfitri tiga kali

JEMAAH mendengar khutbah solat Aidilfitri di Rawalpindi, Pakistan pada Ogos tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi memaklumkan adalah dibolehkan untuk mengulangi solat dan khutbah Aidilfitri sebanyak tiga kali untuk tiga kumpulan jemaah di semua negara yang penduduk Islamnya adalah minoriti susulan sekatan pandemik Covid-19.

Sheikh Abdul Aziz Abdullah al-Asheikh berkata, keputusan itu boleh dibuat sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai banyak masjid dan jika kebanyakannya berada di luar bandar-bandar utama.

“Kita tidak dibenarkan mengulangi solat Aidilfitri dari satu ke satu kumpulan jemaah tanpa keperluan atau hal-hal kecemasan.

“Namun, jika sesebuah negara itu mempunyai bilangan masjid yang sedikit, terutamanya di negara yang penduduk Islam adalah minoriti, maka keadaan itu (pengulangan solat) adalah dibolehkan,” katanya kepada Arab News.

Katanya, kapasiti jemaah yang dihadkan kerana ingin mengelakkan penularan Covid-19 juga membolehkan solat Aidilfitri diulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya