Bill Gates jalin hubungan sulit ? - Utusan Malaysia

Bill Gates jalin hubungan sulit ?

BILL GATES 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengasas Microsoft, Bill Gates pernah disiasat selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang kakitangan syarikatnya selama beberapa tahun. 

Pada awal bulan ini, Bill dan isterinya, Melinda mengumumkan penceraian selepas berkahwin selama 27 tahun.

Lapor Metro, Bill disiasat pada tahun lalu selepas seorang jurutera menerusi satu surat mendakwa dia menjalin hubungan sulit dengan bilionair berusia 65 tahun itu kira-kira 20 tahun lalu.     

Akibat insiden itu, beberapa pengarah dari Microsoft memutuskan Bill tidak sesuai lagi untuk terus berada dalam lembaga syarikat tersebut, lapor The Wall Street Journal.

Namun, Bill dikatakan meletak jawatan sebelum siasatan dalaman lembaga syarikat itu selesai. 

Lapor The Journal, seorang jurucakap kepada Bill mengakui wujudnya hubungan sulit kira-kira 20 tahun namun ia sudah berakhir secara baik. 

Bagaimanapun, jurucakap itu menegaskan perkara itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keputusan Bill meletak jawatan.

Microsoft menerusi kenyataan memaklumkan syarikatnya menerima aduan pada akhir 2019 bahawa Bill cuba memulakan hubungan intin dengan seorang kakitangan wanita pada 2000.  

“Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan lembaga syarikat meneliti aduan itu untuk menjalankan siasatan menyeluruh. 

“Sepanjang siasatan itu, Microsoft memberi sokongan kepada pekerja yang membuat aduan tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.