Berjayakah boikot Israel? - Utusan Malaysia

Berjayakah boikot Israel?

FRANCAIS makanan segera, McDonald’s antara yang menjadi sasaran boikot kumpulan penyokong Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Konflik keganasan yang berlaku di Semenanjung Gaza baru-baru ini mencetuskan ‘peperangan emosi dalam kalangan penduduk di seluruh dunia’.

Media sosial dibanjiri dengan pelbagai berita semasa mengenai keadaan di Gaza, termasuk seruan memboikot jenama barangan yang dimiliki syarikat Israel serta mana-mana entiti yang dikatakan menyokong Zionis.

Namun, isu memboikot barangan keluaran Israel ini bukanlah isu biasa kerana jenama produk sering dikaitkan dengan konflik antarabangsa, budaya dan pergerakan sosial.

Sebelum gaza, pengguna Cina memboikot rangkaian H&M, Nike dan Adidas secara besar-besaran kerana membantah penggunaan kapas dari Xinjiang serta mendakwa kerajaan China menjadikan penduduk etnik di wilayah tersebut sebagai buruh paksa.

 

Jenama sebagai proksi

Dalam kebanyakan kes, jenama produk sering dijadikan proksi mahupun simbol perkaitan dengan pihak yang didapati ‘bertanggungjawab atas isu buruk yang berlaku’ dan boikot diharap dapat memberi tekanan kepada syarikat terlibat untuk mengubah tindakan mereka.

Kumpulan yang melakukan boikot pula beranggapan mereka mendapat ‘solidariti’ apabila tindakan mereka disokong dan yang paling penting, berharap langlah itu dapat menjejaskan pihak yang disasarkan.

Secara realitinya, adakah benar jenama sesuatu produk itu akan terjejas?

 

Kenapa ada yang tidak terjejas?

Pasaran produk Nike dan Adidas hanya terjejas selama beberapa hari pada hujung Mac lalu selepas syarikat itu enggan menggunakan kapa keluaran Xinjiang kerana mendakwa bahan itu dihasilkan menerusi buruh paksa.

Selepas boikot itu berakhir, produk jualan dua jenama itu meningkat mendadak, sekali gus memberi keuntungan berlipat ganda.

Boikot boleh menarik perhatian media, namun bukan semuanya berjaya menjatuhkan sesebuah entiti yang disasarkan.

Hal ini kerana, boikot berasaskan pengguna tidak dapat mengubah tingkah laku pelanggan setia yang mempunyai keperluan harian dalam produk yang dikeluarkan.

Contohnya, penduduk China menyokong untuk memboikot iPhone jika aplikasi WeChat masih disenarai hitam oleh sektor perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Namun, jualan telefon pintar itu tetap melangkaui jangkaan kerana iPhone sudah menjadi ‘barang keperluan’ penduduk China.

 

Berkesankah boikot?

Kebanyakan pengguna berharap syarikat atau jenama yang mereka boikot akan lingkup, namun sebenarnya mereka tidak menyedari pelbagai pihak akan terkesan.

Sebagai contoh, ahli politik Indonesia dan kumpulan aktivis memboikot barangan keluaran Carrefour yang berasal dari Perancis selepas Presiden Emmanuel Macron menyokong penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW.

Namun, tindakan tersebut menjejaskan industri perkilangan Indonesia yang mengeluarkan hampir 95 peratus produk jualan untuk Carrefour, sekali gus menyebabkan para pekerjanya hilang sumber pendapatan.

 

Bila entiti akan terjejas?

Pada 2017, banyak jenama barangan keluaran Korea berdepan dengan krisis kewangan apabila Korea Selatan menandatangani perjanjian dengan AS untuk menggunakan sistem pertahanan anti-peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di wilayahnya.

Pengguna China yang beranggapan tindakan itu sebagai agresif memutuskan menghentikan operasi perniagaan syarikat milik Korea serta melarang perjalanan ke negara itu, selain menyekat kemasukan drama dan muzik Korea Selatan.

Antara produk Korea yang terjejas teruk ketika itu termasuk kecantikan, pakaian dan makanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya