Arab Saudi sediakan skrin interaktif untuk jemaah - Utusan Malaysia

Arab Saudi sediakan skrin interaktif untuk jemaah

Penghijrahan Rasulullah SAW membuka lembaran baharu penyebaran agama Islam. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci memaklumkan pihaknya sudah memasang skrin layar interaktif yang memaparkan peta Masjidil Haram dan kemudahan yang terdapat di kawasan sekitarnya.

Lapor Arab News, usaha itu merupakan sebahagian daripada rancangan penambahbaikan sistem panduan kepada pengunjung yang diuruskan oleh Agensi Penyelidikan Projek dan Kejuruteraan.

Jelasnya, perkhidmatan itu bertujuan memudahkan jemaah mengakses ke lokasi utama dan beberapa tempat lain yang terdapat di sekeliling Masjidil Haram.

Skrin interaktif itu memaparkan data dalam enam bahasa serta mempunyai imbasan kod QR bagi membolehkan jemaah melihat laluan perjalanan menerusi telefon pintar dan gajet elektronik.

Arab Saudi memberikan kebenaran kepada jemaah dari luar negara menunaikan ibadah haji di Masjidil Haram tahun ini dengan kawalan kesihatan ketat serta langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya