NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 269 doktor dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 semasa India dilanda gelombang kedua wabak tersebut.
CNN melaporkan, Persatuan Perubatan India (IMA) malah melaporkan purata 20 hingga 25 kes kematian dicatatkan dalam masa sehari.
Presiden IMA, Dr. J.A. Jayapal berkata, semasa gelombang pertama, seramai 756 doktor maut tetapi kali ini kebanyakan doktor yang mati masih berada dalam usia muda.
Katanya, sejak Mac tahun lalu, sebanyak 1,025 doktor mati akibat virus Covid-19.
Jelas beliau, data tersebut diperoleh secara harian daripada persatuan tempatan dan hospital di seluruh India.
Ahad lalu, seramai 50 doktor maut akibat Covid-19.









