125,000 guru digantung tugas di Myanmar - Utusan Malaysia

125,000 guru digantung tugas di Myanmar

GOLONGAN guru lengkap beruniform turut mengambil bahagian dalam protes menentang rampasan kuasa junta tentera di Dooplaya, Myanmar. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Lebih 125,000 guru sekolah di Myanmar digantung tugas oleh junta tentera kerana menyertai protes awam menentang rampasan kuasa tentera sejak Februari lalu. 

Lapor Reuters, perkara itu didedahkan oleh Kesatuan Guru Myanmar sehari sebelum sesi persekolahan baharu bermula. 

Beberapa guru dan ibu bapa melancarkan boikot sebagai kempen melumpuhkan penguasaan junta tentera sejak berdekad-dekad lalu yang menafikan pemerintahan demokrasi.  

Seorang pegawai daripada kesatuan itu berkata, namanya sudah berada dalam senarai dikehendaki oleh junta akibat menyuarakan ketidakpuasan hati. 

“Ini adalah kenyataan yang bertujuan mengugut golongan guru untuk kembali bekerja. Sekiranya mereka memecat semua guru, seluruh sistem pendidikan akan lumpuh,” tegasnya. 

Data terkini menunjukkan Myanmar mempunyai seramai 430,000 guru sekolah sejak dua tahun lalu. 

Selain itu, seramai 19,500 kakitangan universiti turut digantung tugas. 

Sistem pendidikan Myanmar yang merupakan antara negara termiskin di rantau Asia Tenggara berada pada kedudukan 92 daripada 93 negara dalam tinjauan global tahun lalu. 

Sementara itu, seorang penjaga, Myint, 42, berkata, dia tidak akan menghantar anaknya ke sekolah yang dijadualkan bermula minggu hadapan. 

“Saya tidak akan mendaftarkan anak ke sekolah kerana tidak mahu dia menerima pendidikan daripada pemerintah diktator. Malah, saya turut risau dengan keselamatan dirinya,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya