JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) didakwa kembali bermain teori konspirasi apabila cuba mengaitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan secara berasingan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebaliknya berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat keputusan itu merupakan sebuah badan bebas yang tidak dipengaruhi mana-mana individu atau parti politik. Sehubungan itu katanya, dakwaan bahawa…










