fbpx

15 Jun 2021, 9:07 am

  TERKINI

Tubuh sasa sekelip mata pakai Smitzen

SUT silikon Smitzen memberi peluang kepada golongan lelaki untuk tampil sasa seperti bersenam di gim. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kaum lelaki kini boleh mempunyai tubuh sasa sekelip mata tanpa perlu bersenam secara teratur di gim.

Impian itu boleh dicapai selepas laman membeli-belah dalam talian China, Taobao menjual sut silikon bentuk badan sasa.

Lapor Daily Mail, sut itu sesuai dipakai oleh individu yang sanggup memakai lapisan silikon tebal.

Kostum tersebut boleh didapati dalam beberapa rekaan antaranya bahagian atas badan, bawah badan atau keseluruhan badan dan bergantung pada bahagian tubuh yang ingin pengguna tonjolkan.

Sut pakaian itu berharga antara 87 pound (RM501.29) hingga 438 pound (RM2,523) bergantung pada ukuran dan jenis bahagian yang diingini.

Beberapa gambar yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki memakai sut Smitzen dan penampilannya kelihatan seperti badan sebenar.

Sut pakaian itu juga menampilkan elemen realistik tambahan termasuk urat lengan dan tulang selangka.

POPULAR

KOSMO! TERKINI