Sami Buddha terperangkap dalam gua dinaiki air - Utusan Malaysia

Sami Buddha terperangkap dalam gua dinaiki air

MANAS Kemgoh (berkain putih) diselamatkan selepas terperangkap selama dua hari di dalam gua yang dinaiki air di utara Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang sami Buddha terperangkap di dalam sebuah gua yang dinaiki air oleh pasukan penyelam profesional dalam satu kejadian di utara Thailand.

Manas Kemgoh, 46, dilaporkan ingin melakukan pertapaan ketika dia memasuki gua Phra Sai Ngam di wilayah Phitsanulok.

Namun, hujan lebat yang turun di kawasan itu menyebabkan gua berkenaan dinaiki air menyebabkan sami tersebut terperangkap.

Pasukan penyelamat memaklumkan mereka dikerah ke gua tersebut selepas terdapat laporan mengenai individu hilang.

Jurucakap pasukan penyelamat, Weerapong Jaighum berkata, pasukan penyelam berdepan dengan kesukaran untuk menyelamatkan sami tersebut.

“Terdapat banyak stalaktit di dalam gua menyebabkan operasi menyelam sukar dijalankan, selain hujan lebat berterusan.

“Sami itu berjaya dibawa keluar pada hari kedua dan dia kini di hospital bagi mendapatkan rawatan akibat demam,” katanya.

Insiden itu disamakan dengan kejadian sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selama 18 hari pada 2018. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya