Remaja 17 tahun jadi ibu ayam - Utusan Malaysia

Remaja 17 tahun jadi ibu ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 BOGOR: Seorang remaja 17 tahun diberkas pihak polis apabila tergamak menjadi ibu ayam dengan memperdagangkan sejumlah wanita kepada golongan lelaki di Bogor, Jawa Barat. 

Lapor Tribunnews, gadis dikenali sebagai Dap itu menjalankan sindiket pelacuran secara dalam talian di sebuah Apartmen di kawasan itu. 

Selain Dap, pihak polis turut memberkas FY, 20, yang merupakan seorang pemilik apartmen di Jalan Sholeh Iskandar, Kota Bogor. 

Pesuruhjaya Polis Bogor, Erwanto berkata, perkhidmatan seks yang ditawarkan adalah sebanyak 700,000 rupiah (RM198) bagi setiap sesi. 

Katanya, harga yang ditawarkan itu tidak termasuk sewa bilik 150,000 rupiah (RM42). 

“Bagi satu sesi, bukan semua 700,000 rupiah dapat kepada wanita yang digunakan sebagai pelacur, tetapi 500,000 rupiah dibahagikan kepada mangsa, manakala, 200,000 rupiah diserahkan kepada ibu ayam itu,” katanya. 

Berdasarkan hasil pemeriksaan, kata polis, golongan pelacur itu mampu melayan seramai 10 lelaki dalam masa sebulan.  

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya