Pfizer hasilkan pil cegah Covid-19 - Utusan Malaysia

Pfizer hasilkan pil cegah Covid-19

PFIZER hanya mengambil masa kurang setahun untuk mengedarkan vaksin keluarannya dan ubat itu dijangka siap pada hujung 2021. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat farmaseutikal Pfizer akan menguji pil pencegahan Covid-19 terhadap sukarelawan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang dijangka siap hujung tahun ini. 

Sekiranya ujian itu berjaya, pil yang menjalani eksperimen akan menamatkan tempoh berkurung sekali gus menjadi ubat pertama berbanding vaksin lain untuk menghalang jangkitan Covid-19. 

Ubat antivirus PF-07321332 dikatakan berupaya menghalang penyakit teruk dan berfungsi sebagai pertahanan kedua sekiranya strain Covid-19 yang kebal daripada vaksin muncul. 

Pil itu sudah diberikan kepada 60 sukarelawan berusia antara 18 hingga 60 tahun di dua premis Pfizer di AS dan Belgium. 

Ujian percubaan fasa pertama dijangka dilakukan hujung bulan depan dan disusuli percubaan besar-besaran sekiranya pil terbukti menghentikan penyebaran Covid-19. 

Sementara itu, ujian klinikal di UK menguji sama ada pil anti virus itu menghalang pesakit Covid-19 daripada diserang penyakit serius. 

Berjuta dos ubat Favipiravir yang pertama kali dihasilkan di Jepun pada 2014 akan diedarkan ke Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sekiranya berupaya menghentikan simptom. 

Pengambilan pil itu secara harian boleh membunuh virus sekiranya pesakit mengambilnya dalam beberapa hari selepas disahkan positif. 

Ketua penyiasat ujian percubaan, Prof. Kevin Blyth, dari Universiti Glasgow berkata, ia akan menjadi langkah terkehadapan sekiranya ubat anti virus itu berfungsi. 

‘Perkhidmatan hospital akan kembali pulih dan tidak lagi berada di bawah tekanan yang sangat besar. Perkhidmatan lain turut dapat berfungsi dan kita tidak memerlukan lagi perintah kawalan pergerakan atau berkurung,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya