ABUJA: Lebih 1,800 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Nigeria selepas diserang oleh beberapa lelaki bersenjata. Lapor BBC, menurut pihak berkuasa, lelaki bersenjata tersebut memasuki kawasan penjara yang terletak di tengara bandar Owerri selepas meletupkan blok pentadbiran dengan menggunakan bahan letupan. Sebanyak enam banduan dilaporkan kembali manakala 35 lagi enggan melarikan diri. Polis mendakwa kumpulan pemisah, Penduduk Asli Biafra bertanggungjawab atas serangan itu. Kumpulan pemisah itu bagaimanapun menafikan terlibat…