New Delhi laksana perintah berkurung selama seminggu - Utusan Malaysia

New Delhi laksana perintah berkurung selama seminggu

NEW DELHI melaksanakan perintah berkurung selama seminggu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: New Delhi melaksanakan perintah berkurung selama seminggu akibat lonjakan kes jangkitan Covid-19 sehingga melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan bandar itu.

Lapor BBC, perintah berkurung itu berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun, pejabat kerajaan dan perkhidmatan penting seperti hospital, farmasi dan kedai barangan runcit akan beroperasi seperti biasa ketika sekatan tersebut.

Sebelum ini, bandar itu melaksanakan perintah berkurung pada hujung minggu namun masih melaporkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 24,462 kes semalam.

“Saya selalu menentang perintah berkurung tetapi kali ini ia akan membantu kami memulihkan situasi berlaku di sekitar hospital di Delhi,” kata Ketua Menteri Arvind Kejriwal dalam satu sidang akhbar.

Beliau juga menyeru pekerja asing di Delhi untuk tidak meninggalkan bandar ketika sekatan tersebut. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya