Mahu sekolah, rumah ibadat dibuka - Utusan Malaysia

Mahu sekolah, rumah ibadat dibuka

PENDUDUK Indonesia berpendapat rumah ibadat termasuk masjid boleh beroperasi seperti biasa biarpun pandemik Covid-19 belum reda. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kaji selidik yang dilakukan oleh Pendapat Politik Indonesia (IPO) menunjukkan lebih 90 peratus penduduk di negara ini bersetuju untuk sekolah dan rumah ibadat dibuka biarpun pandemik Covid-19 belum reda.

Lapor CNN Indonesia, Pengarah Eksekutif IPO, Dedi Kurnia Syah Putra berkata, majoriti penduduk berpendapat pandemik yang  berlaku tidak menjadi penghalang untuk sekolah dan rumah ibadat dibuka seperti biasa.

“Sebanyak 94 peratus responden bersetuju sekolah dibuka dan 98 peratus setuju rumah ibadat beroperasi semula,” kata Dedi.

Selain itu, kaji selidik tersebut juga meminta penilaian responden terhadap Polisi Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) dan Pelaksanaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM).

Hasilnya, sebanyak 54 peratus responden berpandangan kedua-dua sekatan itu tidak perlu lagi dilanjutkan.

Selain itu, 69 peratus penduduk memaklumkan kegiatan harian mereka berlangsung seperti biasa biarpun sepanjang sekatan dilaksanakan.

Kaji selidik itu dijalankan menerusi pengumpulan data daripada 1,200 responden dari 10 hingga 22 Mac lalu.

Dalam pada itu, kerajaan Indonesia menyasarkan pembukaan semula sesi persekolahan pada Julai ini, namun perlu mematuhi pelbagai protokol bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Antaranya termasuk kapasiti pelajar yang terhad di dalam kelas dan tempoh pembelajaran yang lebih singkat.

Sementara itu, pihak berkuasa negara ini juga bercadang untuk membenarkan umat Islam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya