fbpx

9 Mei 2021, 1:05 am

  TERKINI

Korban pergolakan politik Myanmar cecah 700

ORANG ramai mengusung seorang penduduk yang cedera akibat terkena peluru getah ketika demonstrasi di Yangon, Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Jumlah korban penunjuk perasaan yang terkorban akibat terkena tembakan dan serangan pasukan keselamatan Myanmar dilaporkan sudah mencecah 700 orang.

Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) memaklumkan jumlah korban ketika ini direkodkan sebanyak 701 orang sejak rampasan kuasa berlaku pada Februari lalu.

Angka itu dicapai selepas lebih 80 orang terbunuh dalam serangan tentera Myanmar di pekan Bago, berhampiran Yangon sejak Jumaat lalu.

Lapor BBC, jumlah sebenar kematian akibat serangan itu mungkin lebih tinggi susulan junta tentera didakwa mengambil dan menyembunyikan mayat penunjuk perasaan.

Beberapa saksi memberitahu media tempatan tentera menggunakan senjata berat dan melepaskan tembakan terhadap apa sahaja yang bergerak. 

Dilaporkan, junta juga meningkatkan tindakan kekerasan untuk mempertahankan kuasa pemerintahannya.  

Lapor Myanmar Now, penganjur protes, Ye Htut menyifatkan situasi tersebut seperti pembunuhan beramai-ramai. 

“Mereka menembak setiap bayangan yang dilihat, situasi ketika itu amat menakutkan,” katanya.