Jumlah korban gempa Malang meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah korban gempa Malang meningkat

SEORANG penduduk kampung menggunakan tukul memecahkan kepingan konkrit dari sebuah rumah yang roboh akibat gempa di Malang, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Tindakan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNBP) memaklumkan jumlah korban gempa bumi di Malang, Jawa Timur meningkat kepada lapan orang dengan tiga daripada 36 mangsa yang cedera, dalam keadaan kritikal.

Lapor Kompas.com, terdapat lima kematian di daerah Lumajang, manakala tiga lagi maut di Malang.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi bencana BNPB, Raditya Jati berkata, usaha menyalurkan bantuan segera kepada penduduk yang terjejas giat dilakukan ketika ini.

Katanya, Badan Tindakan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Timur menyalurkan bantuan barangan asas kepada penduduk terjejas seperti makanan, selimut, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

“Sehingga kini, ratusan kediaman penduduk di 13 daerah musnah akibat gempa tersebut.

“kerja-kerja penyaluran bantuan giat dijalankan segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk, selain cuba mengelakkan penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Terdahulu, gempa bumi sekuat 6.1 skala Richter menggegarkan Malang pada kedalaman 80 kilometer dan dianggarkan 10 gempa susulan berlaku sejak semalam dengan yang paling kuat direkodkan 5.5 Richter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya