Jemaah umrah wajib sahkan sijil vaksin - Utusan Malaysia

Jemaah umrah wajib sahkan sijil vaksin

JEMAAH menunaikan solat tarawih di Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan para jemaah umrah dari luar wajib mengesahkan sijil vaksinasi yang menunjukkan mereka sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 di negara masing-masing.

Lapor Saudi Gazette, perkara itu disampaikan oleh jurucakap kementerian berkenaan, Hisham Saeed dalam satu sidang akhbar di sini kelmarin.

Katanya, status kesihatan jemaah dari luar akan dihubungkan menerusi aplikasi Tawakkalna.

“Di bawah aplikasi tersebut, bakal jemaah yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 perlu mengesahkan sijil vaksinasi mereka oleh pihak berkuasa di Mekah.

“Selepas disahkan, pihak berkuasa akan menentukan tarikh serta masa untuk menunaikan umrah serta solat di Masjidilharam,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi memaklumkan terdapat lima garis panduan yang perlu dipatuhi para jemaah untuk menunaikan umrah.

Antaranya termasuk, semua jemaah perlu berada di Pusat Inaya enam jam sebelum menunaikan umrah, mengesahkan sijil vaksinasi, memakai gelang digital, mengesahkan data dan permit serta mengikut slot masa yang ditentukan.

Selain itu, jemaah luar perlu menjalani kuarantin selama tiga hari di hotel penginapan mereka di Mekah selepas tiba di negara ini.

Sepanjang Ramadan, jumlah jemaah yang dibenarkan tunai umrah adalah seramai 50,00 sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.