fbpx

16 April 2021, 10:50 pm

  TERKINI

Indonesia berdepan kelewatan bekalan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Dianggarkan sebanyak 100 juta dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca mungkin tidak dapat dihantar tepat pada masanya ke Indonesia susulan sekatan eksport di India.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata, kerajaan berusaha mencari alternatif terbaik untuk menangani masalah tersebut.

“Indonesia tidak dapat menjangkakan bila 100 dos vaksin AstraZeneca yang ditempah dapat dihantar ke negara ini.

“Ini bukanlah perkara yangboleh kami terima. Kami sudah pun menghubungi AstraZeneca untuk bertanyakan isu tersebut,” katanya.

Indonesia menjadi antara negara paling teruk di Asia yang dilanda pandemik Covid-19 dengan lebih 1.5 juta kes jangkitan dan lebih 42,000 kematian.

Jakarta sebelum ini merancang untuk menyuntik vaksin kepada lebih 181 juta penduduknya dalam tempoh setahun untuk membentuk imuniti kelompok. – AFP

 

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI