Hong Kong halang pengunjung Singapura - Utusan Malaysia

Hong Kong halang pengunjung Singapura

HALANGAN itu dibuat susulan penumpang pesawat SQ882 yang berlepas dari Singapura ke Hong Kong pada 31 Mac lalu, disahkan positif Covid-19. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) yang berlepas dari negara itu tidak dibenarkan mendarat di Hong Kong bermula hari ini sehingga 16 April depan. 

Lapor Channel News Asia, perkara itu diputuskan oleh Kerajaan Hong Kong menerusi sidang akhbar harian mengenai laporan terkini kes Covid-19. 

Situasi itu berikutan penumpang bagi pesawat SQ882 yang berlepas dari Singapura ke Hong Kong pada 31 Mac lalu, disahkan positif Covid-19 menerusi spesimen yang diambil oleh Pusat Pengumpulan Spesimen Sementara, Jabatan Kesihatan Hong Kong. 

Tambahan pula, seramai tiga penumpang didapati gagal memenuhi syarat spesifik di bawah Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit. 

Berdasarkan laman web Kerajaan Hong Kong mengenai Covid-19, keperluan itu dinyatakan menerusi Bab 599H berhubung kuarantin. 

Dalam pada itu, pihak SIA berkata, seramai empat orang adalah penumpang transit dan kesemua mereka disahkan negatif semasa keputusan percubaan pra pelepasan. 

Seorang penumpang pula selepas itu disahkan positif semasa ketibaan di Hong Kong. 

Dokumen percubaan bagi tiga penumpang itu didapati tidak memenuhi keperluan peraturan pihak berkuasa Hong Kong. 

“Pihak SIA sudah mengambil langkah segera untuk mengetatkan semakan sebelum pelepasan bagi memastikan pelanggan mematuhi peraturan di negara itu. 

“Kami turut memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan dan berusaha memberikan semua bantuan yang diperlukan serta mengurangkan kesulitan yang timbul,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN