Australia, New Zealand mulakan gelembung perjalanan - Utusan Malaysia

Australia, New Zealand mulakan gelembung perjalanan

SEORANG wanita memeluk ahli keluarganya sebelum berlepas ke New Zealand di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Ratusan penumpang dari Australia mula tiba di lapangan terbang New Zealand hari ini selepas pihak berkuasa kedua-dua negara membuka semula pintu sempadan.

Siaran televisyen menunjukkan suasana penuh emosi di lapangan terbang apabila ahli keluarga saling berpelukan selepas sudah lama tidak berjumpa.

Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata, buat pertama kali dalam tempoh 400 hari, penduduk bebas untuk keluar dan masuk ke Australia dan New Zealand.

“Sehubungan itu, Qantas menambah sebanyak 16 penerbangan pergi dan balik ke New Zealand, dengan semuanya penuh,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan Air New Zealand juga menyediakan sebanyak 30 penerbangan tambahan dengan 97 peratus daripadanya sudah penuh. – REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya