Australia kurangkan penerbangan dari India - Utusan Malaysia

Australia kurangkan penerbangan dari India

Pengguna dijangka terus merancakkan pertumbuhan dengan data perbelanjaan kad kredit dan debit oleh bank-bank besar serta angka rasmi penjualan runcit, pekerjaan dan aktiviti bangunan yang tetap kuat. - GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Australia akan mengurangkan bilangan ketibaan penerbangan dari India disebabkan gelombang peningkatan kes Covid-19 di negara tersebut.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, beliau menyatakan persetujuan dengan pemimpin negeri dan wilayah mengenai bilangan rakyat Australia dan penduduk tetap yang kembali menerusi penerbangan sewaan akan dikurangkan sebanyak 30 peratus.

Katanya, kerajaan juga akan mengumumkan pengurangan 30 peratus dalam penerbangan komersial yang dijadualkan dari India.

Pihak berkuasa Australia turut mempertimbangkan negara lain yang perlu menyertai India dalam senarai negara berisiko tinggi.

Rakyat Australia hanya dibenarkan meninggalkan negara itu atas beberapa alasan yang munasabah.

Sekatan itu menjadi lebih ketat bagi rakyat Australia yang mahu melakukan perjalanan ke negara berisiko tinggi bagi mengelakkan mereka pulang dengan virus Covid-19. -AP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN