25 maut, 348 kemalangan menjelang Songkran - Utusan Malaysia

25 maut, 348 kemalangan menjelang Songkran

JUMLAH kemalangan jalan raya diramal meningkat menjelang festival Songkran yang akan bermula pada 13 April ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kira-kira 25 orang maut dan 356 cedera dalam 348 kemalangan yang direkodkan di seluruh Thailand pada hari pertama kempen keselamatan jalan raya sempena festival Songkran bermula semalam.

Lapor Bangkok Post, jumlah itu lebih rendah berbanding purata kematian harian yang direkodkan di Thailand sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana, Boontham Lertsukhikasem berkata, memandu melebihi had laju menjadi faktor utama kepada kemalangan maut apabila menyumbang sebanyak 31.6 peratus daripada kes yang direkodkan.

Faktor itu diikuti dengan memandu dalam keadaan mabuk (22.9 peratus) dan menukar laluan tanpa memberi membeli lampu isyarat (20.4 peratus).

“Kebanyakan kemalangan melibatkan penunggang motosikal iaitu sebanyak 82.9 peratus, 7.5 peratus kenderaan jenis pikap dan 3.92 peratus membabitkan kereta.

“Wilayah Phatthalung di selatan Thailand merekodkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 20 kes dengan 22 cedera, manakala Bangkok, Chon Buri dan Chiang Mai masing-masing mencatatkan dua kematian,” katanya.

Terdapat sebanyak 1,913 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara membabitkan 60,201 pegawai keselamatan dengan 342,028 kenderaan diperiksa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya