20 anak kapal hilang di Filipina - Utusan Malaysia

20 anak kapal hilang di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pihak berkuasa Filipina melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas 20 anak kapal hilang susulan sebuah kapal kargo terkandas ketika berlindung dari taufan.

Kesemua kru meninggalkan kapal kargo yang membawa bijih nikel itu semalam selepas terkandas di kawasan pesisir pantai di pekan Malimono di Mindanao.

Kira-kira 18 anak kapal dilaporkan berada di atas bot penyelamat apabila mereka terputus hubungan dengan darat, manakala kedudukan dua lagi kru belum diketahui.

Jurucakap pengawal pantai Filipina, Armand Balilo berkata, pihaknya dapat berhubung dengan kumpulan anak kapal itu sehingga pagi ini sebelum terputus hubungan.

“Operasi SAR berdepan kesukaran susulan ombak kuat dan laut bergelora.

“Kami juga belum menerima sebarang laporan mengenai kapal kargo yang terkandas itu,” katanya.

Sekurang-kurangnya dua maut apabila Taufan Surigae membadai negara ini, selain menyebabkan 160,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara berikutan banjir dan angin kencang. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.