Trump naik angin pukulan golf tersasar - Utusan Malaysia

Trump naik angin pukulan golf tersasar

TRUMP yang kecewa dengan aksinya mengetuk kayu golf ke tanah kerana terlalu marah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melepaskan kemarahan di padang golf selepas kecewa dengan pukulannya yang tersasar. 

Lapor Daily Mail, beberapa gambar menunjukkan Trump bersama individu lain termasuk pemain golf profesional, Bryson DeChambeau berada di Kejohanan Golf Antarabangsa Trump di Pantai West Palm, Florida, pada tengah hari kelmarin. 

Trump muncul dengan semangat yang tinggi bagi kebanyakan acara kecuali pada satu ketika, beliau kelihatan kecewa dengan aksinya sehingga mengetuk kayu golf ke tanah kerana terlalu marah.  

Malah, kekecewaan itu mungkin disebabkan oleh dakwaan yang menyatakan beliau sedang diperhatikan oleh DeChambeau yang pernah merekodkan lapan kemenangan besar dalam siri jelajah PGA. 

Kemunculan Trump bermain golf itu menguatkan lagi laporan kononnya beliau akan kembali aktif dalam media sosial beberapa bulan akan datang dengan platformnya sendiri. 

“Saya rasa Trump akan kembali ke media sosial dalam dua atau tiga bulan dengan salurannya sendiri. Hal ini akan menjadi tiket paling panas dalam media sosial,” kata penasihat Trump.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×