BANGKOK: Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) meluluskan pengurangan tempoh kuarantin dari 14 hari ke 10 hari untuk golongan pelancong bermula 1 April ini. Jurucakap CCSA, Dr. Taweesin Visanuyothin juga mendedahkan mengenai pelan melonggarkan sekatan Covid-19 dari Jun dan rancangan bebas kuarantin bermula Oktober ini. Katanya, dalam tempoh beberapa bulan akan datang, pelancong yang dikuarantin di hotel akan dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti di luar bilik mereka dengan syarat yang ditetapkan…










