Serangan loji minyak Arab Saudi dikecam - Utusan Malaysia

Serangan loji minyak Arab Saudi dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Serangan di kemudahan minyak di timur Arab Saudi pada Ahad menerima kutukan pelbagai pihak termasuk dari negara serantau.

Lapor Arab News, kerajaan negara itu berkata, serangan dron di Pelabuhan Ras Tanura dan serangan peluru berpandu di kawasan perumahan Aramco menyasarkan pembekalan tenaga global.

Ras Tanura merupakan pelabuhan penghantaran minyak terbesar di dunia dan kompleks Aramco menempatkan rumah pekerja di Dhahran serta keluarga mereka dari seluruh dunia.

Setiausaha Agung GCC, Nayef Al-Hajraf berkata, serangan pengganas itu bukan sahaja menyasarkan kemampuan ekonomi dan keselamatan negara itu, tetapi turut menyasarkan pusat saraf pembekalan minyak dan ekonomi global termasuk keselamatan tenaga global.

Katanya, negara teluk berpendirian sama dengan Kerajaan Arab Saudi dan memberikan sokongan blok terhadap negara itu merangkumi semua keperluan bagi melindungi kemampuan negara.

Dalam pada itu, Bahrain turut mengecam keras serangan itu kerana mencabul undang-undang antarabangsa.

Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh menzahirkan solidariti terhadap Arab Saudi.

Beliau turut menggesa komuniti antarabangsa untuk menamatkan keganasan tersebut yang mengancam keselamatan serta kestabilan antarabangsa.

Di Washington, Senator Republik yang memegang jawatan Senat Jawatankuasa Hubungan Luar, Bil Hagerty berkata, pendekatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terhadap Iran menguatkan rejim melancarkan lebih banyak serangan melalui proksi ke atas Arab Saudi.

“Satu lagi serangan peluru berpandu terhadap Arab Saudi dengan semua ciri serangan disokong oleh Iran.

“Nampaknya keinginan Biden untuk mengenakan sekatan kepada Tehran memberi semangat kepada pemimpin Iran untuk meningkatkan pencerobohan mereka terhadap kami dan sekutu kami,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya