Serangan di Marib: 90 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam - Utusan Malaysia

Serangan di Marib: 90 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam

KELIHATAN kepulan asap tebal selepas satu letupan berlaku akibat pertempuran antara tentera Yemen dengan pemberontak Houthi di kawasan al-Jadaan, kira-kira 50 kilometer barat laut Marib, Yemen pada 22 November tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADEN: Pertempuran sengit antara pasukan tentera Yemen dan kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Iran telah membunuh sekurang-kurangnya 90 anggota di kedua-dua pihak dalam tempoh 24 jam, menurut sumber tentera.

Kumpulan pemberontak Syiah melancarkan serangan pada bulan lalu untuk merampas Marib, kubu kuat terakhir kerajaan Yemen yang menerima sokongan pasukan gabungan tentera diketuai Arab Saudi.

Menurut sumber itu, pertempuran di wilayah tersebut mengakibatkan 32 orang terbunuh dalam kalangan pasukan tentera manakala 58 pemberontak Houthi meninggal dunia dalam serangan udara.

Jelasnya, pertempuran sengit tercetus di enam kubu ketika pasukan tentera Yemen memberi serangan balas terhadap kumpulan Houthi yang berjaya mara di kubu Kassara di barat laut bandar Marib.

Tambah sumber itu, pertempuran itu juga menyebabkan puluhan orang tercedera. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya