Presiden Tanzania maut - Utusan Malaysia

Presiden Tanzania maut

BEKAS Presiden Tanzania, John Magufuli -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANZANIA: Presiden Tanzania, John Magufuli, 61, disahkan maut di Hospital Dar es Salaam, semalam.

Lapor The Washington Post, berita kematian itu diumumkan menerusi kenyataan Naib Presiden, Samia Suluhu Hassan yang menjelaskan punca kematian disebabkan komplikasi jantung.

Dalam masa sama, terdapat laporan yang belum disahkan daripada ketua pembangkang negara itu yang mendakwa kononnya Magufuli dimasukkan ke hospital di Nairobi kerana virus Covid-19.

Mendiang tidak kelihatan secara rasmi sejak 27 Februari lalu.

Magufuli sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menggalakkan rakyatnya berdoa daripada memakai pelitup muka atas alasan menolak penemuan bukti saintifik pandemik Covid-19.

Sebelum menjadi menteri perkhidmatan awam dari 2005 hingga 2015, Magufuli pernah menjadi ahli kimia dan guru sehingga mendapat jolokan ‘the Bulldozer’.

Merupakan calon pertama presiden pada 2015, beliau merupakan calon bukan pilihan parti CCM yang dikenali sebagai Parti Revolusi yang mengawal politik Tanzania selama berdekad-dekad.

Selepas mendiang mengambil alih pemerintahan negara pada 2015, beliau membongkar penipuan dalam kerajaan, menghapuskan ribuan ‘pekerja hantu’ yang tiada dalam senarai daftar gaji dan muncul di pelbagai agensi.

Malah, kadang-kadang beliau juga memecat pegawai awam menerusi siaran televisyen secara langsung.

Ekonomi negara yang didiami 60 juta penduduk itu disumbangkan oleh sektor pelancongan seperti Gunung Kilimanjaro yang tertinggi di Afrika, eksport emas dan produk pertanian.

Beliau malah menuntut syarikat asing yang melakukan perniagaan di negara ini membayar cukai lebih tinggi serta melancarkan projek pembinaan empangan, jalan raya, laluan kereta api dan stadium bola.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya