Polis tembak budak guna pistol elektrik - Utusan Malaysia

Polis tembak budak guna pistol elektrik

PISTOL elektrik Taser jarang digunakan terhadap kanak-kanak. -AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun ditembak menggunakan senjata elektrik oleh pihak polis selepas mendapati dia cuba melakukan serangan dengan senjata di rumahnya. 

Lapor Daily Mail, pihak berkuasa bertindak terhadap laporan gangguan di perumahan berpagar di barat daya London apabila kanak-kanak itu menerima renjatan 50,000 voltan daripada pistol elektrik tersebut. 

Insiden itu adalah sesuatu yang jarang berlaku apabila pistol elektrik Taser digunakan terhadap kanak-kanak. 

Menerusi laporan The Sun, pihak polis tiba di rumah flat di kawasan estet peribadi kerana budak perempuan itu didakwa memberikan ancaman terhadap ibunya menggunakan tukul. 

“Pihak polis berhadapan dengan seorang budak perempuan yang memegang senjata itu dalam keadaan berbahaya. 

“Seorang pegawai menjerit terhadap budak itu supaya meletakkan senjata, namun, dia enggan mengikut arahan tersebut sebelum Taser ditembak ke arahnya,” kata polis. 

Bagaimanapun, budak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak dapat dipastikan sama ada dia ditahan walaupun undang-undang mempertanggungjawabkan pesalah jenayah di England berusia 10 tahun. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×