Perang sekatan barat terhadap China - Utusan Malaysia

Perang sekatan barat terhadap China

DUA penduduk etnik Uighur berjalan melintasi runtuhan bangunan berdekatan masjid di wilayah Xinjiang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah, Britain dan Kanada sebulat suara mengenakan sekatan terhadap dua lagi pegawai China berhubung pencabulan hak asasi manusia di Xinjiang. 

Langkah itu menyaksikan kali pertama negara Barat bersatu semasa pemerintahan baharu Presiden AS, Joe Biden. 

Sejurus itu, Beijing bertindak balas terhadap EU apabila melarang ahli politiknya, diplomat, institusi, keluarga dan perniagaan berurusan dengan China. 

Kerajaan Barat mahu Beijing bertanggungjawab terhadap layanan buruk mereka terhadap etnik Uighur yang beragama Islam.

AS turut menempelak China kerana melakukan ‘penghapusan etnik’ terhadap penduduk Xinjiang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendakwa, sebanyak sejuta umat Islam ditahan di beberapa kem di Xinjiang, selain mereka didera dan menjadi buruh paksa.

China sebaliknya menafikan semua tuduhan tersebut dan menegaskan kem tahanan itu bertujuan menyediakan latihan vokasional bagi menentang kumpulan pelampau.

BERDEPAN SEKUTU CHINA 

  Usaha gabungan itu merupakan titik mula AS menghadapi China serta rakan sekutunya. 

Pegawai kanan pentadbiran AS menyatakan, mereka sentiasa berhubung setiap hari dengan kerajaan di Eropah berhubung isu China yang disifatkan sebagai ‘jerayawara Eropah’. 

Setiausaha AS, Anthony Blinken menerusi kenyataan berkata, ketika kutukan antarabangsa semakin memuncak, China masih berterusan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan di Xinjiang. 

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama menteri EU dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussel, minggu ini. 

EU mengenakan sekatan pertama sejak Isnin terhadap empat pegawai China termasuk pengarah tertinggi keselamatan yang kemudian keputusan itu diikuti oleh Britain dan Kanada. 

Mereka yang turut menjadi sasaran sekatan termasuk AS ialah Pengarah Biro Keselamatan Awam Xinjiang, Chen Mingguo dan pegawai kanan lain, Wang Junzheng.

Dalam perkembangan berasingan, menteri luar Australia dan New Zealand mengeluarkan kenyataan berhubung keprihatinan peningkatan bilangan laporan boleh dipercayai tentang kes pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam lain di Xinjiang. – REUTERS 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN