Penghantar makanan curi kucing pelanggan - Utusan Malaysia

Penghantar makanan curi kucing pelanggan

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan penghantar makanan itu melarikan kucing milik pelanggannya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang penghantar makanan Just Eat dituduh mencuri kucing pelanggan kerana mahu menghalau tikus di restoran piza miliknya. 

Lapor Metro, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan lelaki tersebut meninggalkan sebuah bangunan di Paris dengan membawa haiwan peliharaan itu.  

Caroline Simon Provo yang bekerja sebagai pelatih guaman, membunyikan penggera keselamatan kerana mendapati kucingnya hilang selepas penghantar makanan itu datang.  

Kucing itu ditemukan di kedai makan berkenaan pada keesokan paginya, tetapi, penghantar makanan tersebut bersungguh mengatakan dia menjumpai haiwan terbabit di tepi jalan. 

Disebabkan itu, Caroline membuat laporan polis. 

Hasil siasatan mendapati penghantar makanan itu bersalah kerana mencuri kucing milik pelanggannya selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN