Nenek 78 tahun juara angkat berat - Utusan Malaysia

Nenek 78 tahun juara angkat berat

NORA LANGDON merupakan juara angkat berat yang mampu mengangkat beban seberat 178kg. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MICHIGAN: Seorang warga emas berusia 78 tahun yang sebelum ini pernah menjadi obes, kini merupakan juara angkat  berat dan mampu mengangkat bebanan seberat 178 kilogram (kg).  

Lapor Metro, Nora Langdon dari Detroit memutuskan untuk mengubah hidupnya selepas berat badannya mencecah 95.25kg sehingga menyukarkannya untuk menaiki tangga di rumahnya. 

Langdon yang merupakan pesara ejen hartanah memberitahu pada mulanya dia berlatih dengan menggunakan penyapu.

Katanya, dia kemudian mengupah seorang pelatih peribadi dari Art Little untuk membantunya mempelajari teknik tali. 

Langdon kini memegang lebih puluhan rekod angkat berat di peringkat negeri, negara dan dunia selepas menjadi atlet angkat berat yang kompetitif.

“Saya pernah mengalahkan semua individu berusia 60 tahun ke atas hingga umur saya,” katanya.  

Langdon bertekad untuk meningkatkan tahap kesihatannya pada tahun 2007.

“Sebelum ini, saya tidak pernah ke gim mahupun melakukan sebarang aktiviti senaman sebelum berusia 65 tahun,” ujarnya.

Jelas Langdon, dia kini mengunjungi gim beberapa kali dalam seminggu untuk menjalani latihan sesi mengangkat berat selama tiga jam. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×