Maut cuba luruskan rambut guna minyak tanah - Utusan Malaysia

Maut cuba luruskan rambut guna minyak tanah

SIVANARAYANAN maut selepas cuba meluruskan rambutnya dengan menggunakan minyak tanah dan batang mancis menyala. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THIRUVANANTHAPURAM: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun meninggal dunia selepas didakwa cuba meluruskan rambutnya dengan menggunakan minyak tanah dan batang mancis. 

Lapor India.com, kanak-kanak lelaki itu yang dikenali sebagai Sivanarayanan berasal dari Venganoor berhampiran Thiruvananthapuram dan melakukan perkara tersebut kerana terpengaruh dengan tutorial video dalam media sosial. 

Menurut polis, Sivanarayanan meninggal dunia akibat melecur teruk setelah menggunakan minyak tanah pada rambutnya dan cuba meluruskannya dengan batang mancis yang menyala.  

Jelas polis, kanak-kanak lelaki terbabit mencuba perbuatan itu di dalam bilik air dengan hanya neneknya berada di rumah ketika kejadian berlaku.    

Budak lelaki itu melakukan perbuatan itu selepas menonton beberapa video individu meluruskan rambut menggunakan bahan cecair itu dan api yang menjadi tular dalam media sosial. 

Tambah polis, Sivanarayanan yang dikatakan ketagih media sosial, dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×