Kem pelarian Rohingya dibina semula - Utusan Malaysia

Kem pelarian Rohingya dibina semula

PELBAGAI agensi memberikan bantuan bagi pembinaan semula kem pelarian Rohingya yang musnah teruk akibat kebakaran di Ukhiya, Bangladesh. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR: Pihak berkuasa dan sukarelawan daripada agensi bantuan di selatan Bangladesh membina semula tempat perlindungan bagi ribuan etnik Rohingya yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang mengorbankan 15 mangsa, Isnin lalu.

Lapor AP, ribuan pelarian menjadi gelandangan selepas kem Balukhali di Ukhiya yang menempatkan sejuta pelarian Rohingya terbakar.

Organisasi Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) berkata, lebih 10,000 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Kebakaran turut memusnahkan berpuluh-puluh pusat pembelajaran bagi kanak-kanak, klinik, pasar dan pusat bantuan.

Rabu lalu, pelbagai agensi bantuan memberikan barang pembinaan seperti buluh, tali dan kepingan besi bagi pembinaan semula tempat perlindungan tersebut.

Proses pembinaan semula itu mengambil masa kerana kem pelarian itu musnah teruk.

Timbalan Ketua Misi IOM di Bangladesh, Manuel Marques berkata, api turut merebak dan memusnahkan kawasan infrstruktur, hospital, pusat makanan, pasar, sekolah dan klinik kesihatan.

“Proses pembinaan mengambil masa selama beberapa bulan untuk memastikan semuanya kembali seperti sedia kala,” katanya.

Menurutnya, laluan kecemasan perlu disediakan ketika situasi cemas berlaku bagi mengelakkan kehilangan nyawa berlaku ketika bencana.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN