Datuk bandar Filipina maut ditembak polis - Utusan Malaysia

Datuk bandar Filipina maut ditembak polis

RONALDO AQUINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Lima terkorban termasuk seorang datuk bandar dan dua pembantunya dalam satu insiden keganasan melibatkan pasukan polis di negara ini.

Menurut jurucakap polis Filipina, Ronaldo de Jesus, kejadian berlaku ketika anggota polis yang melakukan rondaan ditembak oleh pembantu keselamatan Datuk Bandar Catbalongan, Ronaldo Aquino.

Jelasnya, Aquino ketika itu menaiki sebuah van di timur wilayah Samar.

“Polis membalas tembakan tersebut dan mengenai Aquino serta dua pembantunya dan pada masa yang sama, dua anggota polis rondaan yang memandu di belakang kenderaan Aquino turut terkorban.

“Motif tembakan yang dilepaskan ke arah polis masih belum dikenal pasti dan kami giat menjalankan siasatan,” katanya seperti yang dilapor South China Morning Post.

Dalam pada itu, seorang rakan Aquino, Edgar Sarmiento berkata, datuk bandar itu dalam perjalanan ke majlis hari jadi anaknya ketika beliau ditembak dan berkemungkinan sudah lama dijadikan sasaran.

Namun, de Jesus menegaskan polis tidak memburu Aquino, sebaliknya hanya melakukan rutin rondaan.

Sementara itu, beberapa datuk bandar dan pegawai kerajaan yang dikaitkan dengan sindiket pengedaran serta penyeludupan dadah sering menjadi mangsa bunuh oleh kumpulan bersenjata di bawah pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte.

Bagaimanapun, Aquino dilaporkan tidak pernah terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×